Saturday, 2 July 2011

NUTURE

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Setiap tumbuh-tumbuhan mempunyai keunikan dan kegunaan tersendiri. Begitu juga dengan pokok buluh.Pokok buluh payah untuk dijumpai kerana pokok buluh ini tidak tumbuh di merata-rata tempat. Kayu pokok buluh ini digunakan untuk mencipta barang kegunaan harian dan hiasan.

Masyarakat Melayu di Negara kita amat gemar akan lemang. Lemang merupakan makanan yang dibakar dengan menggunakan kayu buluh. Selain itu, bahan anyaman juga salah satu kraftangan di Negara kita seperti bakul yang dibuat daripada kayu buluh yang lembut.

Wau merupakan permainan tradisi masyarakat Melayu. Kayu buluh memainkan peranan penting untuk mengukuhkan wau itu supaya menjadi stabil. Selain itu, kayu buluh ini dikikis sehingga menjadi licin dan menebuk lubang yang kecil dan akhirnya membentuk sebagai suatu alat muzik yang dinamakan seruling. Seruling merupakan alat muzik tradisional masyarakat india.

Bagi masyarakat cina pula, mereka menggunakann kayu buluh ini untuk membuat meja dan kerusi. Barang yang diperbuat daripada kayu buluh ini melambangkan hasil karya tradisional mereka yang diwarisi secara turun-temurun. Barang-barang tersebut amat menarik dan tahan lama. Itulah keunikan kayu buluh.
Kesimpulannya, kegunaan pokok buluh adalah pelbagai. Oleh itu, kita tidak seharusnya menebang pokok buluh semata-mata. Gunakanlah pokok buluh ini untuk perkara yang berfaedah.




                                        

No comments:

Post a Comment